Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Temu Bual Khas bersama Najib Razak sempena perayaan Hari Bapa 2012
Jun 16th, 2012 by Najib Razak

Bagaimanakah hubungan Dato’ Sri dengan Allahyarham Ayahanda Tun Razak dahulu?

Ya saya lihat bahawa masa saya bersama-sama dengan Allahyarham ayahanda saya, pada masa itu cara Allahyarham mengadakan hubungan dengan kami sebagai anak-anaknya agak berbeza dengan keadaan hari ini sebab pada masa itu sikap generasi terdahulu tu berbeza dengan generasi hari ini.

Saya lihat pada masa itu ada rasa segan dan sangat menghormati bapak… emak bapak dan kalau kita nak buat sesuatu, nak beri satu pandangan pun kita pikir banyak kali sebab kita tak boleh merasakan bahawa sesuatu yang kita kata itu boleh… mungkin boleh mendatangkan satu perasaan tidak senang kepada ayahanda saya pada ketika itu.

Tapi ini bukan bererti bahawa tidak ada rasa kasih sayang yang mendalam, memang ada. Dan saya masih ingat lagi waktu saya belajar di luar negara kalau saya menulis surat masa itu tak ada emel dan tak ada sms, tak ada social media terpaksa tulis surat melalui aerogram dan kita tunggu jawapan daripada ayahanda saya dan walaupun ayahanda saya ketika itu sangat sibuk sebagai Perdana Menteri tetapi saya pasti dapat jawapan mungkin selang dua minggu ke tapi jawapan pasti tiba. Jadi perkara-perkara seperti inilah yang jadi ingatan yang manis pada saya dan juga bagaimana Allahyarham merupakan seorang motivator yang sangat halus sebenarnya menggalakkan kita untuk melakukan belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat pencapaian yang nombor satu ke… nombor dua ke… nombor tiga ke. Dan tiap-tiap bulan dia nak tahu apa pencapaian kita. Dan kita merasakan… saya sebut kita makna termasuk adik-beradik saya bahawa kita tak nak mengecewakan Allahyarham. Jadi kita pun cubalah sedaya upaya. Kalau dapat nombor satu kita tengok Allahyarham cukup riang… cukup apa nama… ceria mukanya tapi kalau kita tak dapat nombor satu, nombor tiga ke tentu dia rasa agak kecewa. Jadi dengan cara seperti ini beliau telah mendidik saya dan adik-adik saya supaya tidak… tidak terlalu manja, tidak terlalu mewah dalam kehidupan kita dan sentiasa mengamalkan cara hidup yang sederhana, bertimbang rasa dengan orang. Dan agak itulah mungkin sebab itulah mungkin saya mempunyai EQ dengan rakyat agaknya yang baik kerana didikan yang saya telah terima melalui Allahyarham ayahanda saya secara orang kata secara subtle tetapi kesannya besar kepada jiwa saya dan kepada perasaan saya.

Apakah perbezaan antara cara Dato’ Sri bergaul dan berkomunikasi dengan anak-anak berbanding dengan cara Allahyarham ayahanda Dato’ Sri dahulu?

Zaman sekarang ni dia lebih informal. Maknanya kita boleh melepak bersama, boleh… kadang-kadang boleh bergumpal bersama tapi rasa hormat tu tetap.. tetap ada, tetap tinggi tetapi lebih orang kata lebih informal daripada masa-masa yang lalu. Saya lihat hubungan saya dengan anakanda-anakanda saya pun lebih dalam bentuk dapat bertukar-tukar pendapat secara lebih terus terang dan tidak ada rasa ada gap, jurang antara kami tetapi mereka sedar bahawa mereka juga menghormati saya sebagai seorang ayah. Jadi ini memperlihatkan generational change bukan saja pada saya tapi pada keluarga secara umum di Malaysia ini.

Saya ingin mengucap Selamat Hari Bapa kepada semua bapa yang mana Hari Bapa ini merupakan satu hari di mana peranan seorang bapa itu perlulah diingati dan diapresiasikan oleh anak-anak mereka, oleh keluarga mereka kerana inilah satu ketika di mana kita harus mengenang jasa dan budi bapa kita. Jadi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa termasuk juga untuk mereka yang baru saja digelar sebagai seorang bapa. Ini bapa muda pun kita kena beri pengiktirafan atas sumbangan mereka yang mungkin kita kira sebagai potensi masa depan mereka membentuk generasi baru untuk menentukan kejayaan negara kita nanti, insyaAllah.

Tags:

|
blog comments powered by Disqus