Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Mengeratkan Hubungan dengan Britain
April 14th, 2012 by Najib Razak

Minggu ini saya berpeluang meraikan kunjungan Perdana Menteri Britain ke Malaysia sejak lebih kurang 20 tahun lalu. Kunjungan beliau merupakan susulan daripada kunjungan rasmi saya ke United Kingdom tahun lepas dimana kami telah membincangkan pelbagai cara untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi dalam menangani cabaran dan peluang bersama.

Saya merasa teruja melawat kampus Malaysia University Nottingham, dimana saya telah memberikan syarahan bersama PM Cameron di acara Gerakan Keserdehanaan Global (Global Movement of Moderates). Dalam ucapannya, beliau menyatakan perasaan reruns beliau melawat kampus universiti dimana saya telah menuntut dan menyatakan sokonfan beliau terhadap GMM. Begitu juga saya, sangat reruns terutama Denham kejadiram begitu ramai pelajar antarabangsa.

PM Cameron telah bercakap mengenai “liberasi muskular” – dan saya sokong pandangan beliau bahawa pengamalan moderasi tidak sama dengan menjadi seorang penakut. Terpulang kepada kita semua, pengamal-pengamal moderasi beragama Islam, Kristian, Jew dan atheis, untuk menunjukkan muskulariti ini dan menggunakan kekuatan dan kesatuan kita untuk menewaskan intoleransi dan terus setia di jalan moderasi.

Inilah jalan kita yang sama – satu jalan yang, di Malaysia ini, telah menyaksikan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang wujud sejak zaman kolonial lagi digantikan dengan kebebasan sigil yang baru, dan di UK melambangkan berakhirnya konflik di Ireland Utara. itulah nilai-nilai yang sama antara kita – nilai-nilai yang telah diterapkan dalam sistem pelajaran kelas dunia di Britain.

Tetapi sekiranya Britain dan Malaysia bersatu dalam nilai-nilai kita, kita juga bersatu dalam komitmen kita untuk meningkatkan kemakmuran, taraf kehidupan dan membina ekonomi terbuka. Sejak East India Company membuka pemgkalannya yang pertama di Pulau Pinang lebih 200 tahun lalu, hubungan perdagangan Malaysia dengan UK adalah kukuh – dan saya yakin ianya akan bertambah kukuh selepas pembeharuan komitmen yang dijalinkan minggu ini.

Hubungan bilateral antara kedua Negara dari segi ekonomi, budaya dan politik bukan sahaja telah berjaya melangkaui masa, malah telah juga berkembang, dari zaman ayahanda saya sehinggalah lebih 50 tahun selepaants, iaiti kini. Kita harus meraikan hubungan bersejarah ini samada besar atau kecil antara kedua Negara dan mempebaharuinya untuk zaman kira kini.

Tags: , , ,

|
blog comments powered by Disqus