Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Perutusan Rasmi Perdana Menteri Sempena Sambutan Hari Wesak 2012
Mei 4th, 2012 by Najib Razak

Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bertuah kerana dapat menikmati kepelbagaian yang ada di negara kita ini. Di sini, setiap agama meraikan pelbagai adat dan perayaannya tersendiri, dan kesemuanya menerapkan nilai-nilai murni seperti sentiasa baik hati dan saling hormat-menghormati. Menjelang sambutan Hari Wesak ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.

Sehingga tahun 2010, penganut agama Buddha di Malaysia terdiri daripada 19.8% daripada jumlah penduduk Negara ini. Penganut agama Buddha di seluruh negara menyambut hari kelahiran Gautama Buddha serta kejayaan beliau dalam mencapai tahap kesedaran dan Nirvana, dengan melakukan pemujaan dan mengambil bahagian dalam perarakan yang dihias indah. Aktiviti simbolik menuang air ke atas patung Putera Siddhartha juga dilakukan oleh penganut-penganut agama ini di kuil-kuil seluruh negara.

Tidak kiralah apa bangsa, etnik atau latar belakang kita, kita semua terikat dengan nilai-nilai positif yang sama melalui agama yang kita anuti. Selagi kita terus membina asas persefahaman berdasarkan prinsip-prinsip yang sama ini, kita dapat mengelakkan konflik dan dapat terus maju sebagai sebuah masyarakat berbilang agama demi kebaikan semua.

Tags:

|
blog comments powered by Disqus