Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Tanggungjawab moral kami untuk membantu mereka yang memerlukan
Mei 22nd, 2012 by Najib Razak

Saya telah melawat Nibong Tebal  di Pulau Pinang bulan lepas, untuk menghadiri satu majlis penyerahan kunci rumah baru kepada keluarga yang telah kehilangan rumah. Semasa di sana, saya telah bertemu dengan seorang wanita istimewa, yang telah mengharungi pelbagai kesukaran dan kesusahan dengan penuh ketabahan demi untuk menampung kehidupan keluarganya. Kisah beliau telah dibawa ke perhatian saya oleh rakan politik saya, Datuk Zainal Abidin Osman.

Wanita tersebut adalah Puan Teoh Yong King. Terharu saya apabila mendengar kisahnya. Rumahnya telah musnah dalam kebakaran, memaksanya dan keluarga menumpang di sebuah kuil sejak tiga bulan yang lalu. Oleh kerana dia tidak bekerja, Puan Teoh tidak mampu untuk mencari kediaman baru bagi keluarganya lalu dia mencari bantuan.

Walaupun pada mulanya usahnya untuk mendapatkan bantuan tidak membuahkan hasil, dia tetap tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya. Apabila rakan-rakan politik sejawat saya mendapat tahu mengenai masalah Puan Teoh, kami telah melakukan yang terbaik mungkin untuk membantunya – dengan membina sebuah rumah baru di tapak yang lama, serta membantu menggantikan barangan rumah yang telah musnah dalam kebakaran. Semua ini tidak mungkin akan berlaku tanpa kesungguhan dan ketabahan Puan Teoh.

Ini hanyalah satu contoh di peringkat daerah bagaimana kerajaan saya bertekad untuk membantu mereka yang memerlukan – di peringkat kebangsaan, beberapa program telah kami lancarkan bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah seperti Puan Teoh. Menangani masalah kos sara hidup yang meningkat telah dijadikan salah satu daripada tujuh NKRA, selaras dengan GTP (Program Transformasi Kerajaan). Pakej bantuan kewangan untuk isi rumah berpendapatan rendah, baucar buku dan bantuan untuk pelajar disediakan bagi orang ramai. Klinik, kedai serbaneka dan restoran 1Malaysia juga disediakan sebagai alternatif yang lebih murah tanpa menjejaskan kualiti. Pelaksanaan gaji minima dalam masa terdekat nanti akan turut meningkatkan pendapatan lebih daripada 400,000 orang pekerja.

Melalui langkah-langkah ini, tanggungjawab sosial dan ekonomi kami untuk untuk membantu kehidupan Rakyat dipenuhi. Tetapi apa yang lebih penting adalah tanggungjawab moral kami untuk membantu Rakyat yang telah ditimpa kesusahan, atau mereka yang memerlukan sedikit bantuan – dan sesungguhnya memenuhi tanggungjawab ini merupakan penanda bagi satu masyarakat yang bertamadun.

Tags: , ,

|
blog comments powered by Disqus