Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Menjawab soalan daripada rakan online mengenai subsidi petrol
Julai 1st, 2012 by Najib Razak

Soalan yang dikemukakan oleh Rakan Online saya, Danny Fentom.

Harga minyak di Malaysia sepatutnya tidak mengikut harga minyak dunia. Kita adalah pengeluar minyak dan kita yang sepatutnya tetapkan harga minyak bukan ikut harga minyak dunia. Harga minyak dunia ni hanyalah dipakai oleh negara yang tidak mengeluarkan minyak sendiri dan terpaksa mengimport minyak dari negara lain. Adakah Malaysia negara yang mengimport minyak dari negara lain? Jikalau begitu apakah gunanya PETRONAS?

Hakikatnya walaupun kita merupakan pengeluar minyak tetapi permintaan dalaman hampir sama banyak dengan minyak yang kita eksport. Jadi kedudukan kita sebenarnya adalah sebagai ‘marginal net exporter’.

Yang kedua kita harus sedar bahawa minyak kita ni kita lebih sesuai untuk pasaran antarabangsa dan untuk keperluan dalam negara kita kerana jenis petroleum produk kita lebih sesuai untuk kita memproses minyak dari negara-negara seperti di Timur Tengah maka kita terpaksa import daripada negara-negara tersebut.

Selain daripada itu bagi setiap liter petroleum produk yang kita keluarkan termasuk LPG dan diesel, Kerajaan telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia melalui jumlah subsidi yang pada masa sekarang ini melebihi RM2 bilion pada tiap-tiap bulan. Dan kalau kita lihat sebagai contoh satu liter RON95 ada jumlah subsidi sebanyak RM0.82 sen satu liter. Maknanya kalau kita bayar RM1.90 satu liter kita sepatutnya bayar RM1.90 campur RM0.82 sen tambahan. Dan kalau kita kira satu tangki penuh maknanya lebih kurang 25 liter kita akan jimat perbelanjaan antara RM25 hingga RM30 sekali kita isi tangki kereta kita sepenuhnya. Ini adalah merupakan penjimatan sebenarnya yang kadangkala kita tak sedari.

Tambah lagi harga minyak di Malaysia adalah yang antara paling rendah di dunia. Di Asia Tenggara ni kitalah negara yang paling rendah kecuali negara Brunei Darussalam. Jadi Kerajaan telah memilih satu, mengamalkan satu dasar yang berhemah dan di samping itu kita tidak mampu mengenakan ataupun mengeluarkan subsidi yang terlalu tinggi kerana kita nak gunakan kekayaan minyak kita untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi kita.

Kalau kita gunakan semua kekayaan kita untuk memberi subsidi pada minyak ini menambahkan ‘consumption’. Kalau kita tambahkan ‘consumption’ kita tidak membina ‘productive asset’ untuk masa depan negara kita. Dan satu hari nanti minyak pasti akan pupus, minyak akan berkurangan, jumlah minyak pengeluaran akan berkurangan dan pada masa itu kita akan menghadapi satu keadaan yang cukup berat. Dan sebab itulah kita mesti gunakan sumber minyak kita dengan bukan saja kepentingan jangka pendek tetapi juga kepentingan jangka panjang negara kita.

Tags: , , ,

|
blog comments powered by Disqus