| Share: |
Saya amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada dua Senator Amerika Syarikat yang terkemuka di Putrajaya bulan lepas. Senator John McCain dan Joe Lieberman kedua-duanya telah memberikan ulasan yang amat baik terhadap Malaysia, satu pencapaian yang membanggakan untuk kita semua. Ini merupakan satu lagi petanda bahawa usaha kami untuk mengtransformasikan keadaan ekonomi, politik dan sosial negara agar menjadi lebih baik telah menarik minat rakan-rakan kita dari luar negara. Ini juga merupakan indikasi hubungan dua hala yang positif yang telah dibina oleh dengan Amerika Syarikat.
Adalah menjadi hasrat saya agar hubungan antara negara kita dengan Amerika Syarikat kekal erat, iaitu hubungan yang terikat oleh nilai-nilai dan kepentingan strategik yang dikongsi bersama. Dari segi ekonomi, mereka terus menjadi salah satu daripada rakan perdagangan yang terbesar bagi Malaysia, iaitu berjumlah sehingga RM127 bilion setahun. Terdapat lebih daripada 600 badan perniagaan dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia, dan ramai lagi berminat untuk melabur di Malaysia tahun ini. Perkongsian ilmu turut merupakan aspek penting dalam hubungan antara kedua-dua negara, membolehkan pelbagai penyelesaian diimport ke negara masing-masing. Sebagai contoh, pengenalan kepada reformasi pendidikan di negara kita baru-baru ini untuk menyelesaikan kadar keciciran telah diilhamkan dari Amerika Syarikat.
Malaysia juga mempunyai banyak yang boleh ditawarkan kepada Amerika Syarikat dan dunia. Model agama Islam kita yang mengamalkan kesederhanaan adalah suatu konsep yang kita harapkan dapat digunakan di seluruh dunia. Saya telah menyeru kepada semua pengamal kesederhanaan dari semua agama – sama ada menganut agama Islam, Kristian atau Yahudi – agar semuanya bersatu dalam satu suara untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu yang membelenggui dunia. Di dalam negera pula, falsafah yang berpandukan kepada 1Malaysia telah membolehkan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik dan agama untuk bergerak bersama mengejar impian dan aspirasi kita sebagai satu bangsa. Dan ianya merupakan satu falsafah yang saya harap semua rakan-rakan masyarakat antarabangsa kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Masa telah merubah dunia – namun hubungan kita dengan Amerika Syarikat tidak berubah. Dalam dunia yang tidak menentu berikutan kelembapan ekonomi dan ketidakstabilan pelbagai kerajaan, kita menghargai ikatan yang kukuh yang telah diwujudkan. Saya berharap perhubungan yang saling memanfaati satu sama lain ini dan yang telah mendorong kepada kemajuan dan pencapaian matlamat kemajuan bagi dekad yang lalu, akan terus memanfaati satu sama lain bagi dekad-dekad akan datang.