Di Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Di Raja
Jun 19th, 2012 by Najib Razak
Sejak hari Isnin saya dan isteri telah berada di Jeddah untuk menyampaikan ucapan takziah dari kerajaan Malaysia kepada keluarga DiRaja Arab Saudi berikutan kemangkatan Almarhum Putera Mahkota Naif Abdul Aziz. Majlis pemberian penghormatan terakhir diadakan di Al Divan Al Maliki, Jeddah, yang saya hadiri diiringi oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, duta Malaysia ke Arab Saudi dan beberapa pegawai.
Sambil di sana, saya juga mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah di Mekah bersama isteri dan anak.

Saya menyampaikan ucapan takziah kepada Putera Mahkota Salman Abdul Aziz di Al Divan Al Maliki, Jeddah. Turut hadir adalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan duta Malaysia ke Arab Saudi.

Menunaikan umrah di Mekah bersama isteri dan anak.
Tags: International Affair
|