Belanjawan Negara 2011: Pemikiran daripada Rakyat | 1MALAYSIA


Share:
Share on Facebook
 Blog
Belanjawan Negara 2011: Pemikiran daripada Rakyat
Ogos 23rd, 2010 by Najib Razak

Begitu pantas waktu berlalu. Bagaimanapun, sejak lapan bulan yang lalu, saya percaya kita telah mengambil langkah yang hebat ke arah mentransformasikan Malaysia supaya menjadi negara yang lebih berdaya saing dan lebih bersatu padu. Tahun ini kita telah pun menyingkap tirai Program Transformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 sebagai langkah-langkah yang dapat menjanjikan perjalanan menuju pembangunan negara menjelang tahun 2020. Langkah-langkah ini juga mengutamakan kebersertaan yang lebih tinggi dan penekanan terhadap keadilan sosial supaya tiada seorang pun Rakyat Malaysia yang terpinggir dalam kemarakan kita menuju ke hadapan. Untuk makluman anda, Kementerian Kewangan, Kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain telah pun memulakan perbincangan tentang Belanjawan Negara 2011.

Dalam hal ini, saya sekali lagi merasakan pentingnya berhubung dengan Rakyat dan mendapatkan pemikiran anda secara langsung dalam lapangan masing-masing. Dengan prinsip kebesertaan dan keadilan sosial dalam fikiran,saya telah meminta rakan-rakan Rakyat Malaysia menyumbangkan cadangan untuk Belanjawan Negara 2011. Saya masih ingat telah menerima beratus-ratus cadangan yang padat untuk Belanjawan kita, bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih sejahtera dan lebih progresif. Hasilnya, pemikiran anda telah menjadi sebahagian penting dalam Belanjawan Negara. Atas input anda itu, saya sanjung tinggi dan sekali lagi mempelawa anda untuk berkongsi pemikiran bagi Belanjawan 2011 yang akan datang.

Dengan berada dalam talian, saya juga telah menerima beberapa cadangan yang hebat dan maklum balas daripada masyarakat Malaysia yang lebih muda. Saya juga ingin mempelawa anda semua muncul dengan mengemukakan idea-idea kreatif anda untuk Anggaran Belanjawan 2011 yang akan datang. Saya menyeru anda semua menggunakan peluang ini untuk melibatkan diri dan mengetengahkan saranan-saranan anda, kerana anda semua, ialah generasi yang akan menggerakkan ekonomi negara untuk dua puluh tahun yang akan datang. Hantarkan cadangan anda di bawah ini dan saya harap akan bertemu beberapa pemikiran yang dapat memberikan saya inspirasi juga saranan-saranan yang dapat membawa pembaharuan yang akan memanfaatkan semua Rakyat Malaysia.

Tags:

|
← Go back