Tunjukkan sokongan anda -
Klik di sini untuk mendapatkan Kit Tindakan anda hari ini.

Share:
Share on Facebook
 Blog
Syabas Harimau Malaysia
Disember 30th, 2010 by Najib Razak

Hanya dua belas hari yang lalu,  saya berkesempatan meluangkan masa duduk bersama-sama rakyat Malaysia di Jalan Bukit Bintang untuk sama-sama menikmati kegiatan masa lapang kegemaran kami – menonton perlawanan bola sepak!  Kami menonton pasukan Malaysia menentang Vietnam dan seterusnya melayakkan diri untuk ke dua peringkat pertandingan akhir Piala Suzuki AFF menentang Indonesia.  Ketika  itu saya merasakan diri saya bukan hanya seorang Perdana Menteri, tetapi juga seorang  peminat sukan tersebut – bahawa kita akan menyaksikan satu perubahan besar kepada bola sepak Malaysia.

Ini telah dikuatkan lagi oleh barisan pemain muda, pasukan bola sepak  Malaysia malam tadi, yang kini juara Piala Suzuki.  Pemain-pemain kita telah mempamerkan bahawa disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan merupakan ramuan untuk mencapai kejayaan. Jika kita terus berusaha berteraskan semua nilai ini, kita mampu melonjakkan bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah kepada pasukan jurulatih dan Harimau Malaysia  atas kejayaan hebat ini!

Kita telah menikmati beberapa kejayaan penting  dalam bidang sukan pada tahun ini, termasuk pencapaian cemerlang dalam Sukan Komanwel 2010 di Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou.  Dengan kejayaan yang begitu sukar dicapai dalam permainan bola sepak menjadikan tahun ini begitu sukar dilupakan  bagi sukan Malaysia.

Semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah dipamerkan dengan penuh kebanggan bukan sahaja oleh para pemain di gelanggang, malah oleh jutaan penyokong yang telah memberikan sorakan semangat untuk pasukan Malaysia menempa kejayaan. Marilah kita bersama-sama terus menyokong pasukan sukan Malaysia dengan rasa bangga, bukan sahaja pada waktu mereka mengecapi kemenangan, tetapi juga pada waktu mereka berhadapan dengan kekecewaan, apabila ahli sukan negara kita, baik lelaki mahupun wanita, sangat-sangat memerlukan sokongan kita. Dalam pada itu, saya berharap anda semua akan bergembira menikmati cuti umum pada hari Jumaat ini untuk meraikan kejayaan kita dan seterusnya  menyambut ketibaan tahun baru yang diharapkan akan lebih berjaya. Selamat maju jaya!

Tags: , , ,

|
blog comments powered by Disqus