| Share: |

Saya amat gembira dengan input dan penyertaan yang diterima di Meja Bulat 1Malaysia dalam talian setakat ini. Topik tentang Bajet 2012 jelas mendapat perhatian Rakyat, sebagaimana sewajarnya. Oleh kerana masih ada seminggu lagi bagi topik ini dibincangkan, saya harap semua akan menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk berkongsi pemikiran dan penyelesaiannya. Pelawalah rakan-rakan anda dan keluarga untuk ikut serta mengambil bahagian dalam mentransformasikan negara kita yang tercinta ini.
Amat penting sekali jika anda dapat menyatakan sokongan kepada idea-idea yang dikemukakan supaya perbincangan ini akan lebih bermkna lagi. Akhir sekali, saya harap perbincangan yang penuh bersemangat dan dalam suasana yang penuh hormat ini dapat diteruskan dengan lebih jauh lagi dalam topik-topik Meja Bulat yang akan datang.
—
Sepanjang dua tahun pentadbiran, saya telah mengambil pendekatan yang lebih terangkum terhadap pembentukan dasar. Salah satu contohnya ialah perumusan Bajet Negara. Bagi Bajet 2010 dan 2011, saya telah mendapatkan input daripada rakyat dengan mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan cadangan, menerusi blog saya, untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.
Dalam Bajet 2011, anda boleh dapati bahawa melalui kaedah ini, Kerajaan telah membentangkan beberapa cadangan – termasuk memperkenalkan dasar gaji minimum, skim bantuan kewangan untuk golongan muda dan keluarga, dan pelaburan dalam teknologi hijau – yang diilhamkan daripada hasil input dari rakyat Malaysia. Anda boleh membaca sorotan utamanya di sini. Anda boleh membaca sorotan utamanya di sini.
Tahun ini, perumusan Bajet juga perlu mengambil kira satu fenomena global: kos makanan dan petrol yang semakin meningkat. Peningkatan jumlah penduduk dunia secara pantas, ditambah pula dengan usaha berterusan pelbagai negara untuk mencapai kemajuan dan pengindustrian telah meningkatkan penggunaan bahan bakar dan makanan. Pada masa yang sama, para pengeluar makanan dan bahan bakar sedang bergelut untuk memenuhi permintaan pengguna dan cabaran perubahan iklim dunia.
Masalah ini bukan dihadapi oleh Malaysia sahaja; banyak lagi negara lain yang lebih terancam akibat situasi ini, dan semakin ramai penduduknya yang diselubungi kemiskinan. Sungguhpun Kerajaan masih mengekalkan subsidi yang besar terhadap beberapa barangan utama untuk meringankan bebanan kewangan rakyat, namun adalah tidak munasabah untuk kekal sebegini sedang kita berusaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi.
Perlu diingat juga bahawa kita sedang berusaha ke arah menjadi sebuah negara berstatus maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, dengan pendapata ber kapita US$15,000. Di samping itu, kita juga sedang berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis kewangan tahun 2008.
Soalan-soalan:
Tags: Budget