| Share: |
Sejak saya mula berkecimpung dalam dunia media sosial untuk berhubung dengan rakyat Malaysia, ianya telah banyak membantu saya untuk sentiasa mengetahui isu-isu yang menyentuh kehidupan anda. Seperti yang sedia maklum, saya ada menyatakan hasrat untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan online saya, dan sudah tentu cara yang terbaik adalah untuk bertemu dan bersemuka. Selepas bertemu dengan beberapa pengikut Twitter saya baru-baru ini, saya ingin bersua pula dengan rakan-rakan Facebook saya.
Oleh itu, untuk memilih rakan online saya yang bertuah, saya ingin mengundang semua rakyat Malaysia – termasuk anda - untuk menyertai kempen 1 Dalam Sejuta . Anda hanya perlu lawati laman Facebook saya untuk mendaftar.
Jangan lupa untuk kongsikan berita ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda! Sekiranya rakan yang anda jemput dipilih sebagai pemenang, anda juga mungkin berpeluang untuk turut hadir bersama dengan mereka. Saya menantikan penyertaan anda.

Tags: 1 dalam Sejuta Campaign