• All Categories

    Kerani untuk membantu Guru mengikut Darjah/Sektor


    Mencadangkan agar kerajaan menyediakan kerani bagi membantu kerja-kerja guru. Kerani ini akan ditugaskan mengikut darjah/tingkatan/sector bagi membantu mengurangkan beban guru bagi tugasan perkeranian. Sebagai contoh tugasan pentadbiran seperti yuran, memasukkan markah didalam system, senarai kelas dan sebagainya dapat dikurangkan. Ini dapat membantu mengurangkan beban guru dan disamping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia.

    Posted 12 months ago by Muhammad Hafizi Abdul Halim
    Category : Education


    • 265

    • 19




    Turunkan Harga; Rumah, Kereta, Tol, Minyak


    Sebagai antara pengeluh2 dan pengomen urbanites, saya menyarankan agar kerajaan memandang serius terhadap perkara yang benar2 menjadi agenda utama harian kami!1) Minyak2) Tol3) Kereta4) RumahPenurunan secara berkala adalah disarankan, jika tidak dapat menghapuskannya secara total. Tengs Qasseh!

    Posted 12 months ago by
    Category : Cost of Living


    • 242

    • 26




    PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN ISMP/ IPG/ IPTS/ DPLI


    Assalamualaikum dan salam 1Malaysia Dato Sri.Saya Shahrael Abd Kassim merupakan graduan ijazah sarjana muda pendidikan dari UPSI dan merangkap pengerusi Gabungan Graduan ISMP Malaysia 3rd batch ingin mengutarakan mengenai permasalahan penempatan graduan pendidikan. Untuk pengetahuan Dato Sri hampir 15 ribu graduan pendidikan yg masih menganggur dan belum lagi dipanggil utk berkhidmat di mana-mana sekolah kerajaan. Saya berharap dato sri dpt menyelesaikan masalah ini dengan secepat yg mungkin.

    Posted 12 months ago by shahrael
    Category : Employment


    • 234

    • 1




    Rebet Komputer bagi Mengantikan Rebet Telefon Pintar


    Tidak dinafikan, telefon pintar mempunyai banyak keperluan pada masa kini. Namun tidak semuanya boleh dilakukan melalui telefon pintar. Jadi, komputer masih diperlukan oleh golongan tertentu terutamanya pelajar. Jadi, dengan pemberian rebet ini, sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan kos pembelian komputer.

    Posted 12 months ago by Muhammad Firdaus
    Category : Education


    • 211

    • 191




    KAJIAN SEMULA ELAUN TETAP KAKITANGAN AWAM


    Assalamualaikum w.b.tSaya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya dapat mengkaji semula kadar elaun bagi kakitangan kerajaan khususnya elaun tetap perumahan. Kadar elaun yang diterima sekarang (RM180) adalah tidak lagi relevan buat masa ini. Kadar sewa rumah pada masa kini sahaja telah mencecah sehingga RM400 sebulan. Bagaimana kami sebagai penjawat awam gred bawahan nak menanggung kos yang semakin meningkat tersebut.

    Posted 12 months ago by Angah Areshick
    Category : Employment


    • 181

    • 25




    pengecualian cukai kepada mereka yang berpendapatan bawah rm5000 sebulan


    Saya ingin cadangkan agar kerajaan mengecualikan cukai kepada mereka yang berpendapatan Rm5000 ke bawah. Ini adalah kerana disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi. sebagai contoh, saya yang mempunyai 2 orang anak terpaksa berjimat-cermat dan kadang-kadang terpaksa mengikat perut disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Sekian, terima kasih.

    Posted 12 months ago by Fadil Mohd Yusof
    Category : Cost of Living


    • 179

    • 38




    menghapuskan kos pentadbiran dan kadar faedah bagi PTPTN


    PTPTN tidak wajar dihapuskan kerana ia banyak membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran dalam peringkat tertinggi. tetapi, bagi saya, yang wajar dihapuskan ialah kos pentadbiran dan interest yang dikenakan bagi ptptn. hal ini kerana ptptn adalah pinjaman yang biasa diambil oleh pelajar, pelajar yang tamat pembelajaran belum tentu lagi dapat kerja. sekiranya pihak kerajaan menerima idea ini, pihak kerajaan akan mendapat sokongan yang lebih tinggi daripada belia.

    Posted 12 months ago by Abid Iqbal
    Category : Education


    • 177

    • 31




    HARGA RUMAH YANG TIDAK MASUK AKAL DAN MEMUTUSKAN HARAPAN ORANG MUDA UNTUK MEMILIKI RUMAH SENDIRI


    Sebenarnya terdapat ramai orang-orang muda lebih-lebih yang sudah berkeluarga impikan mempunyai rumah sendiri. Tetapi harga rumah yang melampau membantutkan niat orang muda. Tidak semua orang muda memiliki pekerjaan tetap dan mampu membayar hutang melebihi rm500 ke atas. Rumah-rumah kos rendah/PAKR/PPRT/mesra rakyat pun susah untuk dimiliki disebabkan kerenah birokrasi. Tolonglah lihat kepada mereka2 yang betul2 memerlukan.

    Posted 12 months ago by May Liya Shahid
    Category : Housing and Urban Living


    • 159

    • 1




    Kenaikan Pangkat Secara "Time Base" Bagi Skim Teknologi Maklumat


    Kenaikan pangkat Skim Teknologi Maklumat (F) dewasa ini adalah berdasarkan kekosongan. Mohon supaya diseragamkan kenaikan pangkat secara "time base" sama seperti skim perubatan(U), PTD(M)dan perguruan (DG).Kenaikan pangkat hendaklah berdasarkan prestasi dan perakuan drpd Ketua Jabatan. Kenaikan secara time base akan membantu menaikan motivasi dan memberi idea kreatif lagi inovatif kepada pakar IT sektor awam.

    Posted 12 months ago by Hairulnizam BIn Yusoff
    Category : Employment


    • 159

    • 124




    mohon elaun imbuhan tetap perumahan dinaikkan dari rm 180 kepada rm 400 sebulan.


    Yang Amat Berhormat Datuk seri Najib, mohon pertimbangan yang sewajarnya agar elaun imbuhan tetap perumahan dapat dinaikkan daripada rm 180 kepada rm 400.Secara logiknya YAB.Datuk seri pada masa sekarang tidak ada lagi sewa rumah/sewa bilik dengan harga Rm 180.00 sebulan..Jesteru mohon jasa baik YAB.Datuk seri agar menimbangkan perkara ini untuk kesejahteraan kebajikan kakitangan perkhidmatan awam dalam bajet 2014.Sekian terima kasih..

    Posted 12 months ago by Muhd Dzacqhrey Ibrahim
    Category : Public Service


    • 157

    • 19




    sub_topic.php?cat=all&filter=recent&lang=en