http://www.1malaysia.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/752819banner_events.jpglink
http://www.1malaysia.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/333270banner_twitter.jpglink
http://www.1malaysia.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/970785banner_youtube.jpglink
http://www.1malaysia.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/527893bio.jpglink
http://www.1malaysia.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/472006Generic_Blog_Empty.jpglink

Tea with the PM / Jamuan Teh Bersama PM

Register and join me for tea on 13 March / Daftar dan sertai saya untuk jamuan teh pada 13 Mac

Follow me on Twitter

Get instant updates on my daily activities and new website content.

View my YouTube channel

Subscribe to my channel to get instant reminders for new videos.

My Story

The lifelong dream of Malaysia 6th Prime Minister, Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, is a united, peaceful and prosperous Malaysia...

Latest Blog - Tourism

Our tourism sector enjoyed a successful 2009, despite the H1N1 outbreak and global economic crisis.

Tea with the PM / Jamuan Teh Bersama PM Follow me on Twitter View my YouTube channel My Story Latest Blog -   Tourism
Blogs Listing

Tagged : Tourism

Sektor pelancongan kita telah memperoleh kejayaan yang cemerlang pada 2009,  meskipun berlakunya wabak H1N1 dan krisis ekonomi dunia.  Lebih menggalakkan lagi, bila jumlah pelancong asing yang mengunjungi Malaysia pada tahun lepas adalah di sekitar 24 juta orang, dengan peningkatan lebih kurang 7% berbanding 2008 dan Malaysia telah berjaya memenangi tujuh  Anugerah Pelancongan Dunia (World Travel Award) di peringkat serantau. Kita juga berasa bangga melihat negara kita telah ditampilkan di dalam senarai Lonely Planet bagi 10 destinasi utama untuk dilawati pada 2010.

Saya percaya para pengunjung yang datang untuk kali pertamanya  pada tahun ini akan menyukai apa yang mereka alami: satu Malaysia yang berbilang kaum, budaya, adat dan bahasa; semuanya bersatu di bawah satu bendera. Slogan Pelancongan Malaysia iatu Sebenar-benarnya Asia (Truly Asia)  betul-betul menepati maksudnya. Kepelbagaian budaya kita yang kaya bermakna kita menawarkan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan, tempat-tempat ibadah untuk semua kepercayaan,  keteguhan binaan lama yang menyingkap lipatan sejarah seperti George Town dan Melaka, dan perayaan-perayaan yang tidak akan luput daripada ingatan.

Lanskap alam semula jadi kita juga menawarkan kepelbagaian: daripada pemandangan  tanaman teh di Cameron Highlands yang menyenangkan hinggalah kepada Taman Negara yang dilitupi tumbuh-tumbuhan liar (hutan hujan tropika tertua di dunia), dan daripada keindahan batu karang di Pulau Sipadan hinggalah kepada pemandangan di Mulu yang menyegarkan; kita dikurniai sebuah negara yang hebat. Benar sekali, sebahagian besar daripada anda yang telah mengundi di dalam tinjauan pendapat pelancongan 1Malaysia.com.my baru-baru ini telah memutuskan bahawa Malaysia akan mendapat manfaat terbesar daripada ekopelancongan.

Untuk meneruskan kejayaan tahun lalu, kita akan memperuntukkan sejumlah RM899 juta kepada pelancongan di bawah belanjawan 2010. Kita akan terus mengukuhkan bidang-bidang pelancongan yang berbeza, khususnya ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan.

Inisiatif-inisiatif utama baru akan merangkumi usaha menarik lebih banyak penyertaan dari negara-negara seperti China dan India untuk menyertai Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MR2K); menaik taraf kualiti infrastruktur di pusat-pusat pelancongan; menempatkan mereka yang berhemah dan mesra berkhidmat di barisan hadapan; mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan dalam talian; dan menyediakan acara-acara dan produk-produk pelancongan yang lebih menarik.

Dari segi produk baru dan penganjuran acara contohnya, pelanggan-pelanggan yang menggemari barang-barang mewah akan berminat mengetahui bahawa sebuah kompleks saluran barangan terus dari kilang yang mewah dan baharu, Johor Premium Outlet, akan dibuka pada 2011. Sementara itu, para pengunjung ke ibu kota, Kuala Lumpur, boleh mengambil bahagian dalam Festival Tanglung 1Malaysia yang kini akan disambut pada setiap tahun. Terdapat banyak lagi pembangunan pelancongan, tetapi  saat ini saya lebih  ingin mengetahui apa  pandangan anda.

Pelancongan bukan sahaja menjadi sumber pendapatan kepada negara, malah lebih daripada itu ia ialah wadah penampilan kepelbagaian dan perpaduan kita.  Pelancongan menyatukan kita.  Saya sangat berbangga dengan kepelbagaian latar belakang budaya kita dan seluruh rakyat Malaysia,  mesti memulakan semua usaha berdasarkan latar belakang ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga sewajarnya mengenali negeri-negeri yang menjadi tetangga kita dengan lebih mendalam dan melancong di dalam negara untuk menikmati pelbagai tarikan dan keindahan milik kita. Saya sendiri sangat berharap akan dapat mengambil cuti pendek di sebuah destinasi tempatan yang sangat terkenal pada bulan ini.

Apakah peluang-peluang pelancongan lain di Malaysia yang dapat anda kenal pasti? Apakah lagi yang boleh kita lakukan untuk menarik pelancong dan memastikan mereka mendapat pengalaman yang unik dan menyeronokkan? Saya menantikan komen-komen  anda tentang kekuatan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan kepada kedua-dua tetamu antarabangsa kita,  dan juga penduduk tempatan.

 

Sebagaimana yang telah disentuh dalam blog-blog saya yang terdahulu dan dalam beberapa wawancara, saya begitu gembira dengan kadar interaksi online yang telah dicapai bersama dengan orang ramai melalui blog peribadi saya di 1Malaysia.com.my, serta Facebook dan Twitter. Sesungguhnya saya tergerak hati untuk berinteraksi dengan cara yang lebih langsung dengan peminat dan rakan online saya.

Pada Sabtu 13 Mac 2010, saya ingin menganjurkan satu jamuan teh di kediaman saya khas untuk rakan-rakan online bagi mengadakan satu sesi interaktif. Walaupun penyertaan untuk acara ini adalah terhad, saya inginkan supaya ia menjadi acara pembuka bagi sesi-sesi seterusnya untuk kita bertemu dan berinteraksi. Jumlah komen, suka dan maklumbalas yang telah diterima begitu banyak dan memberangsangkan, dan saya fikir kita boleh berbincang dan berinteraksi dengan lebih lanjut mengenainya di jamuan ini. Klik di sini untuk butiran lanjut dan untuk mendaftarkan diri bagi mendapat jemputan.

 
Baca Selanjutnya...

Tagged : Unity

Rangkaian serangan ke atas tempat-tempat ibadat kebelakangan ini telah menguji keazaman kita semua sebagai rakyat Malaysia. Tindakan yang memalukan ini telah menggoncangkan negara dan impaknya yang mendalam telah ditonjolkan di serata dunia.

Syukurlah, ramai suara-suara dengan lantang dan jelas merentasi Malaysia mengutuk insiden-insiden ini. Saya begitu tersentuh dan bersemangat dengan reaksi ini. Suara sepadu yang menolak dan marah terhadap segelintir individu yang berniat jahat beriak di seluruh tanah air, menunjukkan semangat 1Malaysia yang sejati, yakni perpaduan dalam kepelbagaian.

 
Baca Selanjutnya...

Tagged : Diversity

Ketika saya menulis ini, beratus ribu rakyat Malaysia keturunan India, rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain serta pelancong luar akan bertumpu ke Batu Cave, membanjiri jalan-jalan di Pulau Pinang dan bersesak-sesak memenuhi kuil-kuil di seluruh negara bagi menyambut Thaipusam, satu perayaan tahunan Hindu terbesar. Saya berharap akan dapat menyertai kemeriahan ini pada malam nanti.

Bagi penganut Tamil yang membawa kavadi iaitu satu bebanan tradisional, ini merupakan satu kerasmian penebusan dosa dan kerendahan hati.  Bagi yang mempunyai naluri ingin tahu, ini merupakan peluang yang menyeronokkan untuk memahami tentang budaya dan kepercayaan agama lain, dan dengan melakukan ini turut memahami tentang diri sendiri.  Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah satu lagi kesempatan untuk mempamerkan penghargaan terhadap kekayaan budaya yang telah lama kita nikmati bersama sebagai satu bangsa, dalam semangat 1Malaysia.

 
Baca Selanjutnya...

Tagged : NKRAs

Tahun lepas, saya telah mengumumkan satu program menyeluruh yang jelas sekali untuk memperbaiki kecekapan kerajaan dan, dengan melaksanakan itu, mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

Dengan bimbingan Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapaian, atau Pemandu, Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan kunci kepada kejayaan Wawasan 2020 dan adalah satu perkara yang amat penting kepada diri saya. Memandang jauh ke hadapan dalam 12 bulan yang mendatang, saya melihat 2020 sebagai tahun kita melaksanakan apa yang telah kita janjikan kepada rakyat Malaysia.

 
Baca Selanjutnya...
Latest Updates
  • News
  • Video

Worst economic situation in Malaysia over: PM

Malaysia has stayed away from the worst of the economic situation and is currently moving beyond the bottom of the curve, a local daily reported here on Wednesday.The Star quoted Malaysian Prime Minister Najib Razak as saying that the stimulus packages the Malaysian government had announced to boost the country's economy was performing according to expectation.Two stimulus packages worth a total of 67 billion ringgit (19. 14 billion U.S. dollars) were announced in November 2008 and March 2009.Najib said in his speech read out by Malaysian International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed at the Intrade Malaysia and Kuala Lumpur International Trade Forum that the challenge now was to sustain recovery.Najib said that any decision to stop Malaysian government's support...

Read More
Twitter Terkini
NajibRazak: ABOUT 3 HOURS AGO
I congratulate Michael Teoh & friends in representing Malaysia at the One Young World Inaugural Summit, London. All the best; make us proud!
NajibRazak: ABOUT 3 HOURS AGO
The 1Malaysia Economic Conference in pictures: http://bit.ly/a3wJGE. I stressed the importance of greater domestic competition.
NajibRazak: ABOUT 4 HOURS AGO
Yesterday I also reminded civil servants during our Monthly Assembly of the need for 1Malaysia to be understood by all: http://bit.ly/a43THv
Undian
Yang mana di bawah paling penting untuk kejayaan ekonomi:
 
 
 
 
 
 
Photo Gallery
1Malaysia Economic Conference
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks